Memilih warna cat untuk kamar tidur mungkin mengelirukan, gunakan tip asas dibawah untuk memilih warna cat bagi menjadikan rumah anda sebagai surga dunia.
1. Gunakan roda warna
Biasakan diri dengan roda warna asas dapat membantu pemilihan warna terbaik untuk cat dan aksesori hiasan. Fahami bagaimana hubungan antara warna primer (primary), warna sekunder (secondary) dan warna tertiari (tertiary).
2. Skim warna mempunyai tiga kategori iaitu: warna pelengkap, analogi, dan neutral. Skim warna pelengkap menggabungkan warna rendah dan menengah dari roda warna (merah dan hijau). Manakala Warna analogi adalah warna seakan kepanasan iaitu (merah, oren, dan kuning) dan warna sejuk ialah (hijau, biru, dan Violets). Neutral adalah warna tidak termasuk dalam roda warna, seperti coklat, putih, dan hitam.
3. Cipta suasana yang di inginkan dengan warna
Warna mempengaruhi suasana dan cara anda melihat ruang tidur. Warna yang nyaman dan segar memberi tenaga pada bilik tidur. Kombinasi warna seakan kepanasan dan sejuk akan mencipta tenaga bagi ruang tidur anda.
4. Ubah keluasan bilik dengan warna
Untuk mendapatkan bilik kecil nampak besar, warna kan ruang bili ktersebut dengan warna pucat dan sejuk. Untuk menampakkan bilik besar menjadi lebih selesa, gunakan warna suam dan kehitaman.
5. Kordinasi cat dengan perabut dan lantai
Serlahkan lukisan kegemaran atau hamparkan permaidani agar ia memberi inspirasi kepada skim warna anda. Sebagai tip mudah, pilih warna cat yang mempunyai salah satu dari warna lukisan atau permaidani tersebut, tidak perlu mencari warna yang sepadan dengan tepat.
6. Bermain dengan warna neutrals lebih selamat
Warna neutral adalah warna universal ia boleh di gabungkan dengan apa sahaja warna. Warna ini dianggap “selamat” untuk semua warna dinding. Jika anda ingin menjual rumah nanti, kebanyakan pembeli amat mudah tertarik dengan warna bilik yang neutral kerana ia mudah bagi pembeli membayangkan perabot dan aksesori tambahan apabila mereka membelinya kelak.
No comments:
Post a Comment